Isnin, 26 Oktober 2009

lama sudah..



Salam..

hmm.. agak lame gak aku tak mengarut or mencarut dalam blog nie.. kesian blog, ni angkara fesbuk la nie.. tapi takpe..aku tetap setia menggunakanmu sehingga server mu terbakar atau di masuki virus atau disedut datanya oleh decepticon.. hahha..

oleh kerana blog ni kerja menceritakan hal hal bosan aku setiap hari or setiap minggu, mungkin setiap bulan.. maka aku nak menceritakanlah nie.. so.. last update aku pasal kerja suka suka aku iaitu photography sambil2 wat supply.. itu masih berjalan spt biasa..

yang terbaru? kelab snooker mohaz mungkin akan menjadi kenyataan by next year!! location? yeah.. sudah tentu bukan Kb.. so main location dah ade..cuma sedang meneliti keadaan market n pihak berkuasa n keselamatan sekeliling.. tengah dalam planning jugak nak buat restoran masakan panas.. location dah gi ushar.. so tunggu partner in crime beri kata putus mengenai tukang masak n etc.. so.. harap menjadi kenyataan.. doa2kanlah yea.. itu semua planning.. aku just cerita.. kalo menjadi kenyataan, Alhamdulillah.. kalo tak? kita plan lagi.. vision n mission kene ade.. betul tak? well tu semua bergantung kepada keadaan.. wee..

masa kini punya cerita? just sama spt post lepas.. photography n supply barang kepada pejabat2 kerajaan..so next target adalah untuk menembusi pagar UiTM.. sedang mencari seseorang yang boleh membantu dalam menjayakan usaha ini. di manakah dikau wahai orang yang bertuah?? *tetap sabar menanti dan mencari... dalam kedua2 di atas sedang berjalan spt biasa dengan photography team menunjukkan progress yang sgt baek, even kekadang aku tak beri full komitmen pulak, aih.. aku cuba memperbetulkan kekurangan ini.. all i need is time! ok geng? hehhe.. takdi dengan tak semena2 aku di arah oleh ayahanda aku pegi jaga kedai pakaian skolah canggih di Jerteh Terengganu, dia arah aku suruh check stock, manage operasi, marketing, dan kewangan. hambik!! kene pegi tetiap hari kot!! jauh gak la.. sejam perjalanan! ulang alik tetiap hari.. boleh tua dalam kete ah senang cite! tapi oleh kerana amanah and arahan telah diberikan..so aku turutkan jua! harap dapat memperbaiki prestasi kedai tersebut dengan sedikit penambahbaikan untuk menampung kos operasi setiap bulan! so sekarang kedai ni mengaut keuntungan pada hujung tahun (waktu budak nak masuk skolah).. masa ni keuntungan alhamdulillah so far dapat tampung kos operasi untuk setahun! Alhamdulillah sebenarnye.. tapi kalo boleh ayahanda aku cakap biar tetiap bulan punya sale ade untuk setelah tolak semua kos operasi, gaji n sebagainya! aku cuba lah.. aku ketengahkan idea membuat Cybercafe di kedai itu memandang masih terdapat ruang yang bole muat approx 10buah pc.. tengok lah cane! harap menjadi!Amin..

maka itu ajelah aku merepek! nanti aku sambung merepek lagi..

*gambar atas adelah gambar 10bucks resources family.. ade lagi yang takde! takpe nanti reshoot whole family with new outfit! yeah..

azrieothman

Ahad, 18 Oktober 2009

journey..

KL Here I Come!! walopon malas sebenarnye.. adik aku konvo nye pasal! pegi sudah!

*wee.. see ya

Sabtu, 10 Oktober 2009

setelah sekian lama..







wee.. agak lama jugak aku biarkan blog daku ini berhabuk! ahaks..biase la agak bz sket semenjak dua menjak *ayat poyo.. padahal bz ngan lepak aje pon.. well slepas puasa nothing much pasal diriku.. just macam orang ramai.. back to basic.. hahah meneruskan perjalanan idup spt biase.. even aku tak bekerja tetap lagi. aku suka ape yang aku buat sekarang. well idup takde ikatan dengan sesape kecuali famili aku.. well bukan aku takde cita2 like others kan.. macam berkahwin, ade keje tetap or wutsoever.. tapi aku rasa bukan masanya lagi bagi aku. sebab target aku nak grad degree dah tercapai. so short term target aku sekaran ni aku nak bercuti-cuti malaysia lah.. maybe setahun or lebih! tengok lah cane.. when aku dah bosan tahap dewa ngan cuti nie like dalam otak aku cakap 'ok, enuf ngan cuti, masa mencari harta dunia'. gitu then aku akan memulakan job hunting aku. well sambil bercuti pon of course la kene ade duit kan? well duit dijana la sedikit dengan bisnes+hobby related punya hal iaitu photography.. so.. tu ajelah setakat ni sumber kewangan. kalo orang tanye ok idak? well of course aku jawab.. boleylaaaa.. kan? so far setakat ni team aku ade menampakkan progress nya.. agresif jugak menjana pendapatan *thanks to mr izwan sebagai penggerak utama.. n tak lupe kepada mr nakif sebagai penguat sokongan.. InsyaALLAH kita cuba bergerak lebih jauh n serious dalam bidang nie.. target? RM1mil in 2years time? InsyaALLAH.. kita cuba! yeah!..

well dalam keghairahan mencari kewangan or meneruskan idup melalui skill menangkap gambar. ade juga cuba2 menceburkan diri dalam kerja supply n kontrakting.. setakat ni proses meletak nama dengan badan kerajaan n swasta.. ade enter tender seketul dua. hope menjadi.. InsyaALLAH..sedikit sebanyak aku ade belajar selok belok permainan projek ni.. mebi masa diperlukan untuk bernafas lega.. setakat nie ade lah segolongan manusia cuba menangguk di air yang jernih.. dengan cuba menawarkan khidmat "cable dasar laut" bagi memberikan projek kepada company famili aku, well, im sorry, kita orang cuba jaya.. tak perlu cable, leceh!! nak margin keuntungan lebih daripada syarikat yang buat! tak dapat la jack! kita orang bukan skolah stakat PMR.. ilmu itu penting supaya tak diperdaya oleh orang yang nak duit mudah macam ko orang.. setakat broker cap ayam, tapi perasan ade cable dasar laut.. baik tak payah!! nak bagi kata putus pon takboleh.. asik cakap "kita usaha, kalau dapat saya nak bahagian saya, kalo tak dapat takpelah".. cehh! aku pon boleh cakap macam tu, pastu ade hati suruh buat surat akujanji takut orang tak bayar bahagian dia, nak share dalam syarikat la.. woowo. kami tak sebengap itu senang2 nk bagi share.., dapat pon blom, dah nak surat akujanji. sorry la beb! haha.. *sorry terlebih pulak! hahaha.. itu lah dunia, when nampak kita nak naik sket, macam macam la nak menumpang, KERJA MALAS BUAT!!! nak menumpang nasib aje... sorry! company aku akan bergerak sendiri.. ade rezeki Alhamdulillah.. takde, kita cuba next year! aku takkan jadi bengap nak bagi ko orang hampir 10k everymonth, sedangkan aku kerja separuh mati, ko orang duk main fesbuk kat opis dapat 10k? wtf la bro n makcik! sorry to say.. bye bye la.. nak bergaya or nampak kaya.. sila usaha dengan gigih.. buat macam orang lain.. setup company, kalo ade tender kuar, sila pegi dengar taklimat, isi borang macam orang lain.. kalo ade rezeki tak kemana! ok? wee

haa tulah luahan rasa sesedap rasa selepas berhari raya! well ayahanda aku banyak membantu dalam hal ini.. bagaimana nak berdepan dengan orang dalam bisnes supply barang n kontrak ini.. *hati kene kering beb!! nak jadi kawan kerana ade kepentingan tu ramai, nak cari kawan yang betul2 nak berkawan tu susah! seriously!!.. *blom dapat projek pon dah macam2 manusia datang.. gila!!! kalo dapat? aku rasa datang cium kaki kot!!?? gila orang niee.. well.. ape ape pon aku akan start from scratch!! biar susah kemudian beransur senang.. bukan senang n terus lingkup! ape pon tak dapat!? yea..hehehe

gambar di attas adalah gambar sesi couple shoot tadi.. takde la menarik sangat.. tapi at least ade jugak tempat mengasah bakat! sebarang komen dialu-alukan..
*saje upload. dok baca aku membebel pon kekadang bosan kan? well layankan gambar sket2.. boley la kan! ahaks..

daa.. :))

Contact

Azri Othman
014.5297.555
azrieothman@gmail.com