Rabu, 24 Jun 2009

mengantuk..


1. so far dikala aku menaip post nie.. aku tak mengantuk lagi.. melayan cite romeo n juliet la pulak..aduh.. tetiba rasa terharu..hahaha..

2. skrg meja kopi, laptop toshiba adikku, sony bravia n astro menjadi teman malamku.. dan juge jadi workspace aku dikala waktu ini.. hmm..

3. tatkala ni aku fikir.. bagaimana nak memajukan bisnes aku secara senyap? (bolehkah).. aku rasa boleh.. insyaALLAH aku akan cuba! yakin!

chow

Jumaat, 19 Jun 2009

everyday..





helo melows..

1. saje upload gambar aktiviti.. so minggu ni sesi kenalan bersama bini nakif.. haa.. tengok lah.. so pasangan nie baru je melangsungkan perkahwinan.. moga hingga ke akhir hayat ye! hehe

2. lepak2 di tepian sungai..tapi tak tepi sangat la.. dalam kedai gak..coz takmo kena embun n manusia sangat ramai.. so lepak dalam sudah.. sembang leh dengar ape yang dikatakan.. topik perbincangan? woo banyak.. sembang-sembang hujung minggu.. macam macam ade.. ahaks..

eniway..enjoy!!

Isnin, 15 Jun 2009

main main plak..



1. cis! perkataan pertama keluar dari mulut aku bila nampak surat dari Pesuruhjaya Sukan.. aku dapat bajet kalo surat sekeping kering tu mesti ada yang dia nak lagi pasal penubuhan kelab sukan aku ini.. well.. aku dah agak bila aku bukak sampul n baca, dia cakap pihak diorang tak terima surat sokongan kelab sukan snuker negeri kelantan. ceh secara tetiba aku meng'halo' ayahanda dan pakcik aku.. pakcik aku dengan nada marah cakap, ai main main pulak dah pesuruhjaya ni.. haritu bagi by hand surat tu. dia buleh cakap tak terima.. haadooo.. tekanan.

2. so tengah hari tadi aku dikejutkan dengan panggilan pakcik aku la. suruh aku buat surat memohon melanjutkan tempot submission surat sokongan kelab sukan snuker kelantan lak pulak dah.. akupon buat la.. dengan penuh rasa hiba n nak marah pon ade.. aku buat serba sedikit.. aku pk ayat manis manis madu nak pujuk diorang nie.. tak tahu lah terima ke idak..esok nak fax.

3. maka esok nya aku dan pakcik aku akan ke majlis perbandaran nak berjumpa dengan pengarah penguatkuasa mintak kebenaran beroperasi selama mungkin sebulan or dua sementara memproses lesen ni..tak tahu la berjaye ke idak.. aku rasa tipis je harapan.. tapi kalo tak cuba tak tahu kan? so.. cubalah.. aku teringat pakcik aku cakap.. nak idup kene la langgar undang-undang sket.. kene jadi gangster sket katanya.. hahaha.. so dalam bidang photography pon ade jugak kene break the law.. so.. we'll be!

4. aku dan member aku sedang mengusahakan team photographer untuk wedding.. InsyaALLAH akan beroperasi dalam sedikit masa lagi.. aku sangat optimis akan projek ini.. mungkin ada kelainan dengan team kita orang ni..tapi tak tahu lah.. berbekalkan 2 model camera yang berbeza dengan cara yang berbeza..mungkin sesuatu akan muncul! hheh kita tunggu ajelah..

Jumaat, 12 Jun 2009

Minggu Penuh Senyuman..




1. Pada minggu lepas aku bz tahap kecewa dengan persiapan perkahwinan kakak aku.. bznye tahap kecewa Tuhan je tau.. persiapan start 1 hb lagi.. pasang tempat bersanding, pasang bilik tidur.. mensetting sekitar rumah.. racun, potong rumput, potong pokok.. alih perabut.. alih kereta.. 4hb akad nikah.. 6hb sanding.. 8hb ke rumah pengantin lelaki lak.. haddo.. lepas tu kene cuci lak.. yang pasti.. sampai ke post ni dibuat.. kemas mengemas tak abis abis lagi..

2. minggul sebelumnye aku bz ngan konvo.. amik jubah.. pastu balik kb balik..pastu bawak ibuku ke KL lak untuk konvo.. stay gak ampang.. lepas konvo terus tembak balik.. sejam lgi nk sampai umah aku dah mengantuk.. terhuyung hayang aku bawak kete.. sib baik mak aku dah tido dr first trip.. so dia amik alih tolong drivekan.. Alhamdulillah sampai jugak lebih kurang kul 1 pagi kat rumah..

3. kedai aku dah run.. tengok pada skala perolehan aku bersyukur.. tapi setakat ni pandapatan hanya cukup untuk bayar gaji pembantu aku baru.. untuk bayaran sewa, api n air.. masih lagi mendapat tajaan FAMA.. setakat nie jumlah pinjaman peribadi aku ngan FAMA dah bertambah tahap kecewa.. so takperlulah aku gtau amaunnya.. aku berdoa aku dapat bayar balik semua ini secepat mungkin.. kesian gak aku kat FAMA aku.. bayar cepat.. mebi aku leh pinjam balik untuk wat projek lain.. kan? hmm..

4. mende lain takde ape lah.. sekarang ni aku sedang fokus kat kedai aku.. ade buat jv ngan kawan aku untuk buat photoshoot.. InsyaALLAH kalo takde ape ape akan terus dengan job photoshoot wedding hari raya ni.. tunggu dan lihat la ek.. kalo ade rezeki adalah.. team aku akan wat satu website untuk tatapan umum dan pakage yang disediakan.. photoshoot ni sebagai side projek aku la.. tumpuan utama tetap ngan kedai aku.. harap dipermudahkan kerja aku suatu hari nanti.. n aku berdoa lesen kedai aku dapat secepat mungkin agar kedai bleh run dengan lancar..

itu ajelah.. wish me luck!!!

Contact

Azri Othman
014.5297.555
azrieothman@gmail.com