
Salam..
permulaan kata membuka bicara blog ntah ape ape pada malam nie.. yg pasti yakni benar.. blog ini terakhir aku taip di bumi shah alam indah permai sblom aku pulang ke desa bercuti atau mebi bekerja atau sebagainya..
yg pasti selama masa aku di shah alam selama 2thn melangsaikan tanggungjawab aku sebagai pelajar (InsyaALLAH) jurusan sarjana pengurusan pembinaan dengan kepujian di uitm shah alam banyak meninggalkan kenangan terindah.. mengenali kawan baru dr segenap pelusuk negeri.. dari yang kecik sampai yang besar.. yang tinggi ke rendah.. yang cerah ke gelap.. yang laki ke perempuan.. dan lagi..dengan pelbagai karenah, perilaku, tuturkata, indah wajah dan bla.. bla.. bla.. banyak nak cerita..
so kini sudah hingga kepenghujungnya.. tiba masa tuk berpisah membawa haluan masing-masing kemana arah tidak pasti akan nasibnya.. aku berharap dan berdoa semoga semua tercapai apa yang dicitakan.. berkahwin, bekerja, pakai kete besar dan kecik, henpon canggih, shopping to the max dan lagi.. bg aku? tiada lagi arah yang pasti.. sesungguhnya memerlukan masa dan minda yang terampil untuk mencorak masa depan aku.. InsyaALLAH semoga berjalan lancar apa yang dirancang..
nyata kini shah alam sepi.. kerana ada yang sudah melangkah keluar meninggal segala yang terjadi di dalam diari atau blog spt ini.. ada yang masih menetap di sini meneruskan sisa-sisa yang belom settle dan bekerja mencari rezeki (Alhamdulillah) ..semoga berjaya ya!!.. aku esok pagi akan berangkat pergi.. tinggalkan kenangan manis dan pahit di sini.. itu semua kan ku ingat sehingga mati.. itu jugalah yang mampu buatkan ku tersenyum suatu masa nanti..
tinggallah rakan-rakan sempoi.. tinggallah guru (terima kasih) sy ucapkan untuk segalanya.. jasamu akan ku kenang.. tinggallah cinta hati.. tinggallah kedai2 lepak makan dan minum.. tinggallah pakgad.. stesen minyak.. 7-eleven.. mcd.. kfc.. pizza hut.. tinggallah semua.. ku harap untuk sementara.. kerna aku akan kembali dalam beberapa purnama meneruskan cita2.. moga tiada yang berubah. mungkin hanya penduduknya.. tapi isinya dan kenangannya tetap ada.. InsyaALLAH.. doakanlah seadanya.. Amin..
dan kepada rakan2.. aku memohon maaf hendaknya jika ada salah dan silap.. terkasar bahasa.. tercaci murka.. tertepuk tampar.. terhutang apa2 (sila bgtau).. terbinasa harta benda.. kita akan berjumpa di majlis gemilang kita nanti (Konvokesyen).. semoga tercapai segala impian.. jgn lupa daku mohamad azri othman aka matyi.. yie.. maie.. gajoh.. badak.. bajah.. kamu.. u.. ko.. wei.. etc.. hee..
sampai sini aku mengarut dalam blog ini.. ku harap dapat meneruskan berita idupku disini..InsyaALLAH.. semoga berjumpa lagi semua! bubbye..
Assalamualaikum!!
p/s. sesape yang nak kawen jgn lupe ajak.. aku tak tukar no henset ku.. heeheh
1 ulasan:
hehe..sedih la pulak i bc. I cuma ada 6months utk semua ni berlaku. sob3.
Catat Ulasan