Khamis, 19 Februari 2009

berita panas..



hahha.. taklah panas sangat..
so nak cerita.. selama masa 2 minggu kedai snuker aku beroperasi.. setakat ini sudah kene rush 2 kali!!! hahah gila tak? apesal popular kedai aku nie.. mula mula saman penguatkuasa.. kali ini saman perlesenan lak dah? tapi yang menghairankan aku dua dua jabatan saman mende yang same.. pelik bin ajaib.. tapi aku sudah settlekan saman penguatkuasa yang merampas barang aku.. dengan slumber aku gi bayar.. demit ah.. nie saman ke dua lak..ntah brape kene.. tapi aku masih merasa kental..

so oleh kerana serabut dengan majlis yang agak kolot ini.. BOD kelab snuker telah mengambil keputusan untuk menutup sementara operasi kedai sehingga ternyata selamat n dapat lesen.. walaupun aku berpendapat jika ditutup amatlah rugi.. sekarang pendapatan harian kedai untuk 2..3 hari ini sudah mampu untuk melunaskan semua bayaran bulanan kedai iaitu sewa, elektrik n api, gaji pekerja.. satu perkembangan baik.. tapi setelah ditimbang kira.. kalu ade collection..tapi asik majlis nak naik saman.. tak berbaloi gak.. orang main snuker pon tak aman.. ini apetah lah ownernyer.. so pengerusi akan menjalankan skillnye untuk membuat negotiation dengan pihak majlis bagi mendapatkan lesen itu.. aku harap berjaya! amin..

dalam keserabutan melanda jiwa.. terkeluar cadangan n komen dari ahli majlis untuk menukar lokasi pusat perniagaan ke tempat lain.. yakni negeri lain.. antara calon2 nya ialan Shah alam dan changlun kedah.. so masih dalam tahap perbincangan.. jika ternyata majlis negeri kelantan sukar meluluskan lesen yang tak seberapa ini.. maka tindakan radikal termasuk menjual aset di kelantan.. dan kemudian diguna pakai balik untuk membuat kedai di tempat lain akan di ambil kira.. so kita akan saksikan drama ini.. aku lagi suka duduk di negeri sendiri n berharap pihak berkuasa tempatan memberi kelonggaran akan pengeluaran lesen permainan snuker dinegeri ini kepada pengusaha tempatan.. heheh ok?

majulah snuker untuk negeri kelantan..

p/s.aku tak reti2 gak main pon..

hahah out!

Tiada ulasan:

Contact

Azri Othman
014.5297.555
azrieothman@gmail.com