Khamis, 30 April 2009

santapan kerohanian sblom tido..

santapan kerohanian sgtlahhhh.. hahha

1. hari ini.. bermakna hari yang lepas la.. (kalo kalo yg muskil).. aku dikejutkan dengan panggilan dr adik aku mula2... cakap kete kancilnya rosak.. thermocharge tak masuk.. aku dalam keadaan mamai tahap dewa.. suh adik aku bawak gi kedai pomen luh, kasik confirm dulu.. baru leh buat ape yang patut.. so adik aku pegi ke tidak ntah kat pomen.. bila aku call balik dia kata dah ok. cuma belting untuk alternator tu je longgar.. sebab tu takder charge masuk.. (yg tak paham sorry ah).. hahha

2. 2nd panggilan phone dikala pagi ialah oleh pakcik aku.. dalam keadaan aku separa sedar jugak.. when pakcik aku yg ini call.. nyata pasal hal lesen kedai aku.. dia cakap "yie.. sikit jas lagi nok buleh lesen ni.. chik(namanya) nok yie buat sor surat sokongan dr Persatuan Billiard & Snooker Negeri Kelantan.. ni chik wi alamat dan namo setiausaha dio bla bla bla.." . dengan keadaan mamai tahap dewa aku menangkap sedikit demi sedikit informasi drpd pakcik aku.. aku terpk sejenak "ape kejadah pulak aku yg kene buat surat sokongan untuk Persatuan Billiard & Snooker Negeri Kelantan??.. aku yg mintak lesen, aku lak buat surat sokongan..".. aku membranikan diri tanya soalan agak bangang jugak la.. sebab dia dah bgtau awal2 td.. cuma aku tak sempat tangkap maksudnya.. ye la kan.. akunye baru bangun tido tuu.. bila aku dah paham.. terus segar aku mengadap mesin maut aku ini dah start menaip.. print.. mandi.. pegi hantar kat KBmall di mana disitu pakcik aku tunggu.. (so bagi aku ini perkabaran berita lah).. dah dekat dah nak dapat lesen.. tapi tak tahu lah selama mana masa pulak akan di ambil oleh MPKB untuk meluluskan nyee.. ohh sabarrrrr..

3. setelah itu takdedah aktiviti menarik.. hanya pada sebelah malam nye aku kuar lepak di riverview.. biker's cafe lah tempat biase.. n duduk di kerusi 'wayang'.. hahha kuar lepak bersama otai pasir mas Nakif, otai tumpat Jedi, otai Uni. Malaysia Kelantan, UMK, prof nazrul. semua rakan sekolah menengah nie.. bincang macam2.. bual kosong pon macam2.. sedang duk syiok sembang.. sebijik trak yang ditakuti oleh ramai peniaga.. iaitu trak penguatkuasa MPKB.. mula2 bajet ingat nak angkat kerusi meja kedai yang diletakkan di atas jajahan meraka dah.. tapi tanggapan ini jauh meleset.. penguatkuasa yang rajin ini naik buat lawak kat pusat snooker kat sini.. aku tengok 7 set snooker dia tibai.. nanges la tokey snuker ni.. ingatkan mende ni berakhir kat kedai snuker tu.. tapi ade lagi.. dia nak cuba masuk pusat mabuk2 cina/melayu pon ade.. kat kawasan ni jugak.. tapi dikatakan tidak berjaya kerana premis itu dikunci dari dalam.. so aku ngan dato nakif tunggu gak nak tengok ape terjadi.. lame lame tunggu bosan lak..blah sudahhh.. tak tahu ape terjadii.. esok gua tanya orang sane.. hahaha

4. pulang ke rumah spt biasa.. check ape yang patut dalam intenet..tengok cite kat astro. CSI ngan How It's Made.. then masuk bilik ushar mesin maya aku ini check email n fb,fs,blog,e-news,etc2..

5. kini mata dah ngantuk.. byee..

Tiada ulasan:

Contact

Azri Othman
014.5297.555
azrieothman@gmail.com