Jumaat, 22 Januari 2010

nuklan dinihari





salam.
dah lame la pulak aku tinggalkan blog aku nie memandangkan takde mende nak diceritokan lah kepada pembaca sekalian alam.. eceh.. waktu ni jam menunjukkan pukul 3.23am. kebelakangan ni aku asik tido area 4-5am. aku tak pasti kenapa. nak kata aku bangun lewat sangat pon tak time pagi. nak kata aku tido petang pong tak. aku rasa badan aku dah mula immune dah kot dengan aktivti seharian aku ni. hmm ntah la.

so minggu ni takde wedding shoot! warghhh.. boley la bersenang lenang sket ditemani poket yang kosong. untuk mengisi masa lapang nie takde mende sangat aku buat, sibuk uruskan bayaran bil2 rumah, roadtax kete, keluar masuk bank (duit tak banyak2 jugak) haih!, uruskan hal berkaitan bisnes mendatang dsbnya. hadeh.. agak letih gak la... umur aku minggu ni meninggkat tua kat dalam kete aje. kekadang bosan mengisi masa lapang buat custom album customer, leceh dol buat mende nie.. memang memerlukan mood tahap kecewa! ditemani dengan air dan makanan rapu di kiri kanan baru menjadi pekerjaan ini. seriusly aku buat custom album very simple yet tak meninggalkan perkara penting iaitu jalan cerita wedding tu, n gambar2.. itu yang penting! bagi aku custom album yang editing bagai tu tak perlu. sebab aku rasa customer nak tengok gambar diaorang aje clean n clear! ye tak? kan kan? (customer kalo baca say yes).. haa.. tak pasti lak pulak ade ke tak customer yang nak suh edit tahap kecewa.. darpada gambar nikah jadik gambar dewataraya (majalah kegemaran masa wak dolu2) hehehe.. ni aku mengarut dalam blog nie sebab aku dah takde mood n idea la nak teruskan usaha murni aku buat custom album, haaa.. lupe nak cite, ade kawan aku request buat kulit untuk album sticky nya.. aku rasa hasilnya yang dibuat oleh kedai gambar tak memuaskan aku lah. aku rasa aku suruh buat lain, tapi kuar lain. tapi aku pon tak pasti. haiyaa.. takpelah. mebi aku bagi diskaun kepada member aku memandangkan aku sendirik tak puas hati nieh! aku rasa lah.. tapi sesetengah orang tengok tadi kate lawa.. haih! oh.. tak ingat. lain orang lain citarasa! aku rasa kawan aku tu suka kot! haih.. harap2nya lah.. kalau tak.. aku jadikan tu sebagai pengajaran. aku pon dalam proses mengenali hati customer (bukan nak ngorat customer ni)... hahah kang ko orang silap paham.. cet.. maksud aku mengenali kehendak customer. agak sukar sebenarnya.. macam aku kata kat atas (carik sendirik).. lain orang lain citarasa.. cumanya..aku nak carik citarasa manusia yang universal. pahem? tak pahem sudey!!! *aku pon ade sedikit goyah ngan statement aku..whoah hahaha.. kalo mak aku tengok aku tersengih sorang2 depan laptop ni agak agak mak aku mungkin ushar hospital pakar sakit jiwa tanpa pengetahuan aku esok ni.. so better lah aku mula menidurkan diri. sebab mata sudah menunjukkan tanda2 perlu direhatkan.. maka itu ajelah! wish me luck lah dalam ape jua aktiviti murni aku yang. yang tak murni tu jgn wish luck pulak (eh ade ke aku wat aktiviti tak murni?).. hemmmm rasenye takde! hahha.. oklah.. byee..

p/s. kekadang diri ini membaca kesah dunia photography (kes perbalahan photog press n wedding ni) kekadang tersenyum sendiri. too obvious la ade yang mengungkit kesah lama dan menggunakan kesempatan untuk membalas dendam. haih.. *itu hanya pendapat aku.. sebab bagi aku kes itu sangat terpencil, tapi diperbesarkan.. walhal pihak sebelah sana sudah memohon maaf secara terbuka. apasalahnya menerima pohon maaf itu dan lupakan apa yang terjadi. almaklumlah sedangkan lidah lagi digigit, inikan pula comment dalam fesbuk.. manusia takbleh lari daripada membuat kesalahan. mengingat kembali cerita seniman agung P.RAMLI dalam seniman bujang lapok. bait dialog sebegini ".. dia punya nasi dia makan, awak punya nasi awak makan.. apa salah makan sama-sama.." kurang lebih la contohnya.. kan.. sama2 dalam bidang ni baik press, wedding, street, commercial photographer or etc apa salahnya kita bersatu memantapkan dunia photography di Malaysia ni. bukan besar pon Malaysia ni. semua penah pegi KLCC (ape kaitan ngan statement).. hahaha.. yeah.. majulah photography untuk Malaysia! aummm...

bye! ngantuk betul dah nie.. ade gambar street n contoh custom yang aku bina. tq. ape ape info ah! :P

1 ulasan:

NASSURY IBRAHIM berkata...

cantik foto shooooooooot

Contact

Azri Othman
014.5297.555
azrieothman@gmail.com